Bantuan & Soalan Lazim

Jawapan kepada soalan lazim tentang tempahan BIM Lab JKR, dan siapa untuk dihubungi.

1. Apakah itu BIM Lab JKR?

BIM Lab JKR ialah makmal yang dilengkapi dengan komputer berkeupayaan tinggi, perisian Building Information Modelling (BIM) seperti Autodesk, Navisworks dan Civil 3D, serta platform Common Data Environment (CDE) BinaZone. Kemudahan ini menyokong latihan, pembangunan model dan koordinasi model BIM. BIM Lab JKR disediakan di 16 lokasi JKR di seluruh Malaysia.

2. Di manakah 16 lokasi BIM Lab?
  • JohorJabatan Kerja Raya Negeri Johor, Unit Perolehan dan Pengurusan Aset Negeri JKR Johor, Kompleks JKR, 2, Persiaran Nusaria, Taman Nusantara, 81550 Gelang Patah, Johor.
  • KedahJabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Pejabat CPAB, Aras 5, Bangunan Sultan Abdul Halim, Jalan Sultan Badlishah, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah.
  • KelantanJabatan Kerja Raya Jajahan Kota Bharu, Jalan Kuala Krai, 15050 Kota Bharu, Kelantan.
  • WP Kuala LumpurPusat BIM, Aras 19, Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR, Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur.
  • WP LabuanJabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Labuan, Peti Surat 81002, Jalan Kampung Jawa, 87020 Wilayah Persekutuan Labuan.
  • MelakaJabatan Kerja Raya Negeri Melaka, Jalan Taming Sari, Peti Surat 96, 75906 Melaka.
  • Negeri SembilanBilik Latihan, Pejabat Pentadbiran Kerajaan Daerah Seremban, Persiaran S2 A2, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.
  • PahangBilik Bunga Raya, Aras 1, Kompleks Tun Razak (KOMTUR), Bandar Indera Mahkota, 25626 Kuantan, Pahang.
  • WP PutrajayaBilik Taklimat Sebut Harga, Aras 2, Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya, Blok F7, Kompleks F, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 Putrajaya.
  • PerlisJabatan Kerja Raya Negeri Perlis, Aras 2, Blok H, KM 3, Jalan Raja Syed Alwi, 01000 Kangar, Perlis.
  • Pulau PinangBlok Pejabat, Tiga Tingkat, JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Jalan JKR, 11600 Georgetown, Pulau Pinang.
  • PerakJabatan Kerja Raya Perak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.
  • SabahJabatan Kerja Raya Sabah, Jalan Sembulan, 88582 Kota Kinabalu, Sabah.
  • SelangorMakmal Komputer, Aras Bawah, Kompleks Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 17, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
  • SarawakDigital Lab Research Centre, Jalan Canna Tabuan Jaya, 93350 Kuching, Sarawak.
  • TerengganuJabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, Tingkat 9, Wisma Negeri, 20922 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
3. Siapa yang layak menggunakan BIM Lab?

Terbuka secara PERCUMA kepada:

  • Semua warga kerja JKR Malaysia
  • Pegawai Kerajaan (Agensi Teknikal seperti JPS, JPP, Jabatan Landskap Negara, PBT dan lain-lain)
  • Kontraktor berdaftar CIDB yang sedang melaksanakan projek JKR
  • Perunding (Arkitek/Jurutera/Juruukur Bahan) yang dilantik untuk projek JKR
  • Pelajar IPTA/IPTS bagi tujuan latihan akademik (tertakluk kepada kekosongan)
4. Apakah kegunaan yang dibenarkan?
  • Latihan perisian BIM
  • Pembangunan model BIM
  • Mesyuarat koordinasi model
  • Bengkel, taklimat dan kursus berkaitan BIM
  • Semakan dan validasi model

BIM Lab tidak boleh digunakan bagi aktiviti yang menyalahi undang-undang atau tujuan komersial yang tidak berkaitan dengan projek Kerajaan.

5. Bagaimana cara membuat tempahan?

Tempahan hendaklah dibuat melalui Sistem Tempahan BIM Lab JKR (laman ini), yang boleh diakses melalui laman web rasmi JKR atau terus melalui booking.jkrbimlab.com.

Tempahan secara manual, hadir tanpa tempahan atau melalui panggilan telefon tidak diterima.

6. Apakah jenis tempahan yang boleh dibuat?

Terdapat dua (2) jenis tempahan:

  • Tempahan keseluruhan ruang BIM Lab – Sesuai untuk bengkel, kursus atau mesyuarat koordinasi model BIM. Tempahan ini merangkumi penggunaan semua komputer dan skrin paparan.
  • Tempahan komputer sahaja – Pengguna boleh menempah bilangan komputer mengikut keperluan, contohnya lima (5) unit komputer selama tiga (3) hari untuk pasukan projek. Ruang BIM Lab akan dikongsi dengan pengguna lain.
7. Berapa lama tempoh tempahan?
  • Tempahan boleh dibuat bagi tempoh minimum ½ hari, iaitu sesi pagi (9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari) atau sesi petang (2.00 petang hingga 5.00 petang).
  • Tempahan sehari penuh adalah dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
  • Tempoh maksimum bagi setiap permohonan ialah 5 hari bekerja. Tarikh yang dipilih tidak perlu berturut-turut.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya 1 hari bekerja sebelum tarikh penggunaan.
  • Permohonan bagi tempoh melebihi 5 hari perlu dibuat secara berasingan dan tertakluk kepada kekosongan.
8. Adakah sebarang bayaran dikenakan?

PERCUMA sepenuhnya. Tiada caj sewaan dikenakan kepada semua kategori pengguna yang layak. Penggunaan elektrik, internet dan perisian ditanggung oleh pihak JKR.

9. Apakah perisian yang disediakan?

Setiap PC dilengkapi dengan:

  • Autodesk AEC Collection: Revit, Civil 3D, Navisworks Manage, AutoCAD
  • Platform CDE: BinaZone
10. Bolehkah saya membawa komputer riba (laptop) sendiri?

Boleh. Walau bagaimanapun, bagi mengakses lesen perisian BIM yang disediakan, pengguna disarankan menggunakan PC yang disediakan di dalam makmal.

11. Perlukah saya membawa lesen perisian sendiri?

Tidak perlu. Semua PC telah dilengkapi dengan lesen perisian dan CDE BIM.

12. Bagaimana jika berlaku pertindihan tempahan?

Permohonan diproses mengikut turutan penerimaan dan tertakluk kepada kelulusan serta ketersediaan BIM Lab. Pemohon akan menerima notifikasi keputusan melalui e-mel.

13. Siapakah pegawai yang boleh dihubungi?

Untuk pertanyaan lanjut, pengguna boleh menghubungi Urus Setia BIM Lab, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Ibu Pejabat JKR, atau PIC BIM Lab mengikut zon:

E-mel sekretariat: bimlab@jkr.gov.my

14. Adakah sijil penyertaan disediakan?

Tidak. BIM Lab ialah fasiliti ruang kerja dan bukan penganjur kursus. Sijil hanya akan dikeluarkan oleh pihak penganjur.

15. Apakah peraturan penggunaan BIM Lab?
  • Makanan dan minuman adalah dilarang sama sekali di kawasan PC.
  • Pengguna wajib log keluar (log out) daripada semua akaun perisian dan mengemas ruang kerja selepas digunakan.
  • Sebarang kerosakan peralatan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada urus setia atau penyelaras lokasi.
  • Data projek adalah di bawah tanggungjawab pengguna sepenuhnya. Sila buat salinan pendua (backup). Pihak JKR tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data.
  • Pemohon boleh membatalkan permohonan melalui sistem selagi ia belum diluluskan dan sebelum tarikh penggunaan pertama. Bagi tempahan yang telah diluluskan, sila hubungi PIC BIM Lab berkenaan untuk pembatalan.